Perjalanan Menjadi Akauntan Bertauliah ICAEW ACA Kejar Impian Menerusi Tajaan MARA

Kewujudan golongan yang kurang bernasib baik di dunia ini melahirkan sifat empati di kalangan manusia. Oleh sebab itu , terdapat individu-individu yang mengambil inisiatif untuk mengubah masa depan golongan yang memerlukannya. Menurut kajian yang dijalankan oleh UNICEF dan UNFPA, tiada apa yang diingini oleh golongan berpendapatan rendah lebih daripada peluang untuk mereka membina kehidupan yang selesa dan harmoni.

Dalam era yang moden ini, alat seperti komputer riba dan telefon bimbit yang dahulu dianggap sebagai satu kemewahan kini menjadi keperluan asas untuk bekerja dan belajar didalam kebanyakan industri. Namun, masih terdapat lagi individu yang tidak mempunyai akses kepada sumber-sumber tersebut dan disebabkan itu, ia telah menyekat peluang untuk beberapa pelajar di Malaysia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi .

Disebabkan isu-isu sebegitu, organisasi seperti ICAEW telah mengambil langkah dalam memastikan peningkatan taraf sosial dapat dicapai bagi komuniti yang disasarkan. Sejak beberapa tahun yang lalu, ICAEW telah memberi banyak peluang kepada golongan-golongan pelajar daripada latar belakang yang berbeza untuk mengikuti program pendidikan berkualiti dengan menyediakan bantuan kewangan dan biasiswa bagi mereka. Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi pengalaman dua orang pelajar tajaan MARA dalam program ICAEW ACA dan CFAB.

Nasreen Afiqah berkongsi bagaimana ICAEW memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan kelayakan profesional bertaraf dunia untuk menjadi akauntan forensik

Nasreen Afiqah telah dibesarkan di Kajang, Selangor, di mana dia bersekolah di SK Taman Jasmin sebelum menamatkan zaman persekolahannya di Maktab Rendah Sains Mara Transkiran, Penang pada tahun 2018. Nasreen merupakan anak kedua di kalangan 5 adik-beradik dan adik-adiknya masih belajar di peringkat sekolah menengah. Kedua-dua ibu bapanya bekerja sebagai pegawai bank di Public Bank Berhad.

Nasreen percaya bahawa dia telah ditakdirkan untuk menerima tawaran Young Talent Development Pogramme (YTP) yang diberikan oleh MARA bagi meneruskan pelajarannya. Dengan dorongan dan nasihat kaunselornya, setelah mendapat keputusan SPM, ia merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana ia adalah kali pertama MARA mengemukakan tawaran untuk mengikuti program berprestij ICAEW kepada individu lepasan SPM. Nasreen sudah lama mengimpikan untuk menjadi seorang chartered accountant yang berjaya, oleh sebab itu, dia telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya dalam program ICAEW CFAB. Hal ini demikian kerana program tersebut menggunakan sistem fast-track untuk mendapat kelayakan ACA. Hakikatnya, ia berjaya membina asas yang kukuh bagi Nasreen untuk menceburi bidang perakaunan, perniagaan dan kewangan yang mampu membantunya dalam menghadapi cabaran sebenar dalam kehidupan.

Pada usia yang begitu muda, Nasreen sudah pun mempunyai hasrat untuk melibatkan diri dalam chartered accountancy oleh kerana cita-citanya iaitu menjadi seorang akauntan forensik terkenal. Dia akan mencapai cita-cita tersebut dengan melanjutkan pelajarannya menerusi kelayakan ACA di Sunway TES selepas tamat ICAEW CFAB. Pengalaman yang diperoleh sepanjang di ICAEW telah membantunya untuk menjadi seorang individu yang lebih kompeten melalui sumber-sumber berkualiti dan hasil titik peluhnya sendiri. Walaupun kadang kala perjalanannya penuh cabaran, namun latihan-latihan yang diagihkan oleh ICAEW memastikan Nasreen tidak ketinggalan dari segi pelajaran bagi mencapai kejayaannya. Dalam menangani wabak Covid-19, pengajaran secara fizikal terpaksa ditundakan. Oleh itu, tenaga-tenaga pengajar banyak mengatur webinars dan mengajar kemahiran asas secara online yang dianggapnya menarik dan efektif.

Muhammad Shameer berkongsi pengalaman yang penuh inspirasi ketika berada dalam program MARA YTP sebagai pemegang biasiswa ICAEW selepas tamat pendidikan menengah di Kuantan

Muhammad Shameer bin Shaiful ialah seorang pelajar berusia 19 tahun yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuantan, Pahang. Setelah menamatkan pendidikan rendahnya di SK Pelindung, dia memperoleh gelaran High-Performer di SMK Abdul Rahman Talib. Shameer kini sedang mengikuti program ICAEW CFAB di Kolej Profesional Mara Beranang. Ibunya seorang suri rumah manakala bapanya pula bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat pembinaan di Kuantan. Sebagai anak kedua daripada empat adik-beradik, adik lelakinya masih bersekolah dan adik bongsunya baru sahaja berusia satu tahun.

Shameer membuat keputusan untuk menyertai program YTP kerana dia yakin bahawa MARA adalah organisasi terkemuka dalam mengutamakan pendidikan pelajar untuk mencapai impian mereka. Selain itu, dia juga berterima kasih atas bantuan MARA yang telah membiayakan 75% daripada yuran pembelajaran. Antara sebab Shameer memilih program ICAEW CFAB adalah kerana terdapat pelbagai mata pelajaran yang ditawarkan yang melangkaui perakaunan dan kewangan. Oleh kerana kelayakan ICAEW merangkumi etika profesional dalam pelajaran mereka, Shameer mempercayai bahawa peluang pekerjaan di syarikat-syarikat terkenal akan bertambah. Ini adalah kerana syarikat-syarikat ini akan lebih berminat untuk mengambil pekerja yang beretika dan juga berpengalaman dalam industri.

Dengan impian untuk menjadi seorang chartered accountant, Shameer nekad untuk menguruskan sebuah syarikat tempatan ke taraf global pada masa akan datang dan seterusnya menjadi antara orang Malaysia yang pertama untuk menjadi ahli lembaga ICAEW di UK. Dia akan meneruskan program ICAEW ACA di Sunway TES pada tahun yang akan datang dengan harapan memulakan kerjayanya di salah satu syarikat perakaunan terbesar di dunia. Walaupun perjalanan Shameer setakat ini tidak mudah, namun demikian dia tidak menafikan bahawa segala kejayaan datang daripada usaha. Bak kata pepatah, “bara yang digenggam biar sampai jadi arang.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.