Bina Kerjaya Cemerlang Sebagai Akauntan Berkanun ICAEW

icaew mara feature image

Akauntan berkanun adalah teras dunia bisnes. Diiktiraf untuk kecekapan teknikal serta piawai dan kelakuan professional, akauntan berkanun sentiasa dituntut dalam semua bidang perniagaan dan kewangan, baik di Malaysia atau di luar negara.

ICAEW (Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales) adalah badan keahlian antarabangsa yang diiktiraf sebagai peneraju dalam perakaunan, kewangan dan perniagaan. Sejak penubuhannya pada tahun 1880, bidang profesion perakaunan menjadi teras keutamaan ICAEW demi memastikan amanah dalam perniagaan. ICAEW adalah ahli pengasas Akauntan Berkanun Sedunia (Chartered Accountants Worldwide) dan Perikatan Perakaunan Global (Global Accounting Alliance). Pada masa ini, terdapat lebih daripada 181,500 akauntan berkanun ICAEW dan pelajar di seluruh dunia.

Kelayakan akauntan berkanun ICAEW (ICAEW ACA) adalah pensijilan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kelayakan ini menandakan kepakaran, kemahiran dan etika yang tertinggi. Salah satu program pembelajaran dan pembangunan profesional yang utama di dunia, akauntan berkanun ICAEW memainkan peranan penting dalam memberi penilaian kritikal dan nasihat strategik kepada pelbagai syarikat. Akauntan berkanun ICAEW menggunakan singkatan ‘ACA’ selepas nama mereka, tauliah eklusif yang dinilai tinggi dalam dunia perniagaan dan kewangan.

Di Malaysia, para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai peluang yang unik untuk mendapat sijil professional ICAEW ACA. Bermula dengan kursus pengajian sepenuh masa untuk Sijil ICAEW dalam Kewangan, Perakaunan dan Perniagaan (ICAEW CFAB), pelajar yang lulus akan terus dapat mengikuti program ICAEW ACA dan Perjanjian Latihan (Training Agreement). Pelajar yang bermula sejurus selepas Sijil Pelajaran Malaysia boleh menjadi akauntan berkanun ICAEW pada usia semuda 22 tahun. Kursus pengajian ICAEW CFAB kini dijalankan di Kolej Profesional MARA, Beranang.

Satu unsur penting dalam program pengajian ICAEW ACA adalah aspek belajar serta kerja, dimana pelajar akan mendapat pekerjaan sepenuh masa bergaji dalam fasa akhir program. Perkerjaan sepenuh masa ini dimertai melalui Perjanjian Latihan dengan majikan yang diiktiraf oleh ICAEW (Authorized Training Employer atau ATE). Perjanjian Latihan ICAEW memberi penekanan kepada pengetahuan teknikal, pembangunan kemahiran professional dan etika. Perkembangan kemahiran serta etika dirancang dan dinilai dengan teliti untuk setiap pelajar. Proses teliti ini adalah sebab utama akauntan berkanun ICAEW amat dihargai di dalam dunia bisnes.

Sepanjang karier mereka, profesional ICAEW menerima sokongan berterusan dan dikehendaki meneruskan pembangunan profesional mereka. Proses berterusan ini memastikan bahawa ICAEW ACA adalah professional serba boleh dan fleksibil yang berpeluang untuk meneroka kerjaya dalam sebarang peranan atau industri.

Salah satu institusi pengajian tinggi melaporkan bahawa 90% daripada pelajar ICAEW ACA mereka berkerja dengan firma-firma perkhidmatan profesional, 5% dengan institusi kewangan dan 5% lagi dengan organisasi korporat setelah selesai pengajian. Ramai akauntan berkanun ICAEW juga telah membina kerjaya di syarikat berkaitan kerajaan atau sebagai usahawan. Di Malaysia, ketua korporat terkemuka seperti Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Ketua Pegawai Kewangan Petronas; dan Mustamir Mohamad, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Sime Darby adalah akauntan berkanun ICAEW.

 

icaew mara lecturer group photo

MARA kini menawarkan peluang tawaran pinjaman pelajaran melalui Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) untuk pelajar yang layak mengikuti program ICAEW CFAB di Kolej Profesional MARA, Beranang. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://myeduloan.mara.gov.my/V2/ dari 5 hingga 16 Mac 2020.  Untuk maklumat lanjut mengenai program ICAEW CFAB atau ICAEW ACA, sila hubungi ICAEW Malaysia di malaysia@icaew.com atau 03 – 2171 6022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.